Kempen Internet Selamat: Media Sosial Alaf Baru
31 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 31 Januari 2026, satu webinar bertajuk “Kempen Internet Selamat: Media Sosial Alaf Baru” telah diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan media sosial secara selamat dan bertanggungjawab dalam era digital.
Sepanjang sesi, peserta diberi pendedahan mengenai risiko keselamatan dalam talian, cara melindungi maklumat peribadi, serta kepentingan etika berkomunikasi di media sosial. Webinar ini diharap dapat membantu komuniti memahami cabaran dunia digital dan mengamalkan langkah berjaga-jaga demi keselamatan siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: